ROYAL PATRON

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

D.K.P., D.K.M., D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(TERENGGANU)., D.K.(JOHOR).,
S.P.M.J., D.K.M.B.(BRUNEI).,D.K.(KEDAH).,D.K.(PERLIS).,D.K(PERAK).,D.K(SELANGOR).

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG

SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG
TUNKU HAJJAH AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ

D.K., D.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(JOHOR)., S.P.M.J., D.K.(BRUNEI).

TITAH PERUTUSAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera


Alhamdulillah, Beta merafakkan setinggi – setinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana Akademi Menara Gading (AMG) telah dilaksanakan lebih dua dekad iaitu sejak tahun 1999 hingga kini dengan jayanya. AMG dianjurkan dan dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) yang dulunya dikenali sebagai Yayasan Istana Abdulaziz dengan mendapat kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Matlamat utama AMG adalah untuk membantu kecemerlangan pendidikan pelajar dari keluarga miskin, anak yatim, Orang Asli dan yang kurang bernasib baik dari seluruh Negeri Pahang. Program AMG ini adalah satu bentuk program pendidikan jangka panjang, komprehensif dan berterusan bagi memastikan semua pesertanya cemerlang dalam pendidikan seterusnya dapat membina kerjaya yang lebih baik.

Program AMG ini mengaplikasikan Multiple – Intergrated Learning Module berteraskan 12 Modul kem utama secara bersepadu yang dilaksanakan selama 2 tahun bernula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 untuk memastikan kecemerlangan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Alhamdulillah sejak tahun 1999 sehingga kini, seramai 1185 peserta AMG dari Kohort 1 hingga Kohort 11 dan AMG MAIWP-YASA Kohort 1 sesi 2021 / 2023 telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading, dalam dan luar negara dalam pelbagai bidang pengkhususan.

Graduan – graduan AMG juga telah berjaya membina kerjaya di sektor awam, korporat dan pelbagai bidang profesional. Mereka inilah yang menjadi role model kejayan untuk keluarga dan komuniti. Alumni AMG yang ditubuhkan turut bersama – sama mengendalikan aktiviti AMG serta menyumbang bakti kepada masyarakat dengan menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan, pendidikan dan khidmat sosial kepada golongan yang kurang bernasib baik. Alhamdulillah, kini AMG telah telah beroperasi sepenuhnya di Akademi YASA-MUIP , Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang. 

Pihak AMG-YASA turut terlibat aktif dalam penyelidikan dan penerbitan. Antara buku – buku yang telah diterbitkan adalah Bimbingan Menara Gading, Buku dan Pendidikan, Perjuangan ke Puncak dan Mahasiswa Abad ke- 21.  Alhamduillah sempena 20 tahun pelaksanaan AMG, sebuah buku Aspirasi Menara Gading diterbitkan oleh YASA. Diharap buku ini dapat dijadikan panduan, rujukan kepada semua pihak dalam meningkatkan kualiti pendidikan.

Pada kesempatan ini, Beta merakamkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memberi kerjasama dan sokongan untuk menjayakan program AMG khususnya kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa AMG-YASA serta para penulis yang turut menyumbang artikel dalam buku ini. Mereka ini telah benyak menyumbang tenaga dan kepakaran dalam menjayakan pelbagai aktiviti AMG-YASA sejak sekian lama bagi memastikan kelestarian kecemerlangan AMG. Syabas dan tahniah. Mengakhiri titah, Beta mendoakan agar program AMG ini terus cemerlang dan mendapat keberkatan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 

Wabillah Taufik  Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Musatafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah    KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
logo-amg-white

© 2023 All rights reserved.