About us

Akademi Menara Gading

AMG-YASA

Akademi Menara Gading (AMG) adalah satu program pendidikan utama di bawah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dan program ini dinaungi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sulltan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar. Akademi ini telah dilaksanakan lebih dari dua dekad bermula pada tahun 1999 dan sehingga kini telah merangkumi 12 Kohort. Akademi ini ditaja  dan dibiayai sepenuhnya oleh YASA dengan mendappat kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program Akademi Menara Gading-YASA ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan pelajar dalam kalangan orang  miskin, anak yatim serta Orang Asli. Program ini menggunakan pendekatan Multiple Intergrated Intervension Modules (MIIM) dalam tempoh dua tahun. Para peserta program ini dibimbing menggunakan 12 modul kem bermula daripada Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Pelaksanaan program secara berterusan ini bertujuan memastikan setiap peserta mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seterusnya menjejakkan kaki ke menara gading. Selain itu, program ini melatih para peserta dengan kemahiran insaniah bagi melahirkan pelajar yang holistik dan sesuai dengan keperluan kerjaya semasa

 

Visi

Seorang Graduan Bagi Sebuah Keluarga

Objektif

  • Meningkatkan motivasi instrinsik dan ekstrinsik setiap peserta supaya bermotivasi tinggi pada sepanjang program
  • Melatih pelbagai kemahiran pembelajaran terkini dan kendiri bagi memastikan setiap peserta dapat menyesuaikan diri secara lebih berkesan
  • Melatih pelbagai kemahiran insaniah seperti kemahiran berfikir, kemahiran sosial, kemahiran komunikasi, kemahiran kepimpinan dan kemahiran interpersonal
  • Membentuk sahsiah diri dan nilai keagamaan serta patrotisme dalam kalangan peserta
  • Memberi pendedahankepada peserta untuk mendapatkan hands-on pengalaman melalui aktiviti mobiliti pelajar dalam dan luar negara
  • Membentuk kerjasama dengan ibu bapa melalui pemantauan di peringkat keluarga dalammembantu meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran insaniah peserta
  • Melaksanakan penyeldikan dalam pembangunan komuniti dan penerbitan buku untuk kecemerlangan pendidikan

AMG Multiple Intergrated Intervention Modules

Program Akademi Menara Gading dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan; Multiple Integrated Intervention Modules yang mengandungi 12 modul kem yang dilaksanakan berterusan dalam tempoh 2 tahun dimana peserta dibimbing secara berterusan bermula semasa pelajar berada di Tingkatan 4 hingga ke Tingkatan 5. Dua belas modul ini juga dilaksanakan secara integrated dan berterusan bagi memastikan para peserta dapat mengusai sepenuhnya kepelbagaian kemahiran khususnya dalam kecemerlangan akademik bagi memastikan mereka layak secara merit untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi atau ke menara gading. Modul-modul kem ini dilaksanakan di berbagai-bagai lokasi dan dilaksanakan secara bersama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan pelbagai kemahiran dalam kalangan peserta. Para peserta AMG yang dipilih berdasarkan kategori keluarga miskin B40 dari pelbagai sekolah mengikut daerah dimana sebahagian besar para peserta tinggal dirumah masing- masing dan pembiayaan mengikuti kem akademik setiap hujung minggu dan cuti persekolahan akan diuruskan oleh pihak AMG sama ada dari segi penyediaan tempat, kemudahan bilik kuliah, guru-guru cemerlang serta pemantauan akademik pelajar. Namun begitu peserta-peserta AMG dilatih dengan menggunakan pendekatan self-directed learning. Modul akademik dijalankan setiap hujung minggu dan cuti sekolah yang meliputi semua subjek di Akademi Menara Gading Learning Center. Modul ini dilaksanakan secara bersama dengan guru-guru cemerlang seluruh negara bagi setiap mata pelajaran khususnya mata pelajaran kritikal dan ianya dilaksanakan secara waktu anjal dimana satu sesi setiap subjek mengambil masa 8 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Our programme driven by value.

To improve academic achievement, personality and soft skills among student.

logo-amg-white

© 2023 All rights reserved.