KEM 12: Pemilihan Kerjaya dan IPT

Modul terakhir dalam kem ini bertemakan kerjaya dan persiapan peserta AMG sebelum melangkah ke menara gading. Para peserta diberikan pengetahuan mengenai peluang kerjaya dan dan persiapan sebelum melangkah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) berdasarkan pencapaian mereka.

Introduction

Kem Pemilihan Kerjaya dan IPT ini hanya diadakan selepas para peserta memperolehi keputusan SPM. Beberapa orang pegawai dari pelbagai universiti awam dan swasta dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan kursus – kursus yang ditawarkan di institusi masing – masing. 

Para peserta akan mendapat bimbingan secara langsung berkenaan pengetahuan kerjaya dan bidang pengajian di IPT agar pilihan kursus yang dipilih para peserta menepati kelayakan dan minat. Di dalam kem ini juga para peserta didedahkan kepada peluang – peluang tajaan kewangan untuk pendidikan yang mereka boleh peroleh.

Gallery

Camp Based Programme

Multiple selected activities for student

Let's get started

Discover your true potential by joining us
Contact us

Objective

  • Memberi panduan dan bimbingan kepada peserta AMG tentang program di IPT
  • Memberi pengetahuan kerjaya dan bidang pengajian di IPT
  • Menyelaras kemasukan pelajar AMG ke pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam di tanah air
  • Memberi peluang kepada peserta AMG untuk mendapat tajaan kewangan untuk pendidikan

Aspirasi Menara Gading

– Akademi Menara Gading – 

logo-amg-white

© 2023 All rights reserved.