KEM 3: English Camp

Modul ini bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para peserta dari aspek penulisan, pemahaman, komunikasi dan teknik-teknik menjawab SPM.

Introduction

Kem ini dilaksanakan untuk menekankan akan kepentingan para peserta dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Ia direkabentuk untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para peserta dari aspek penulisan, pemahaman, komunikasi dan teknik – teknik menjawab peperiksaan.  Pelbagai gaya pelaksanaan diketengahkan dalam modul ini bagi memberi impak yang positif kepada pelajar di samping dapat membuka minda mereka untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih menarik dan menyeronokkan

Para Tenaga Pengajar kem ini terdiri daripada pelbagai kategori antaranya pensyarah – pensyarah TESL dari UKM, individu yang ada pengalaman belajar atau menetap di luar negara, pelajar pertukaran US-Malaysia dan ramai lagi. Setiap daripada mereka mempunyai pendekatan tersendiri dalam membawa para peserta AMG meneroka dan memahami Bahasa Inggers dengan ‘Awesome’  dan mantap. 

Objective

  • Meningkatkan motivasi dan Soft Skills di kalangan peserta
  • Menggalakkan para peserta memperkasakan kemahiran di dalam berbahasa Inggeris
  • Menyediakan platform kepada para peserta untuk berlatih dan meningkatkan kemahiran berbahasa
  • Mendedahkan para peserta terhadap teknik – teknik yang efektif dalam mempelajari Bahasa Inggeris

Gallery

Aspirasi Menara Gading

– Akademi Menara Gading – 

logo-amg-white

© 2023 All rights reserved.