Introduction
Kem Komprehensif Akademik ini dijalankan pada setiap hujung minggu dan cuti persekolahan sepanjang tahun. Kem ini sangat penting kerana para pelajar diberikan latihan yang sangat intensif dari guru – guru cemerlang mata pelajaran. Secara keseluruhan, sebanyak 150 buah pertemuan disusun untuk para pelajar mendapat bimbingan bagaimana cara menguasai pelbagai mata pelajaran. Selain itu mereka juga dilatih untuk menjawab soalan peperiksaan SPM dan diberi latih tubi kecemerlangan akademik secara berkumpulan.
Latihan intensif sebegini sangat memberi impak positif khususnya terhadap peningkatan kefahaman para pelajar terhadap mata pelajaran yang seterusnya memberi mereka motivasi kendiri dan memantapkan psikologi untuk menghadapi peperiksaan SPM
.