KEM 1: Modul Potensi Diri & Pemilihan Peserta

Modul ini adalah modul berasaskan camp-based yang diadakan selama 1- 2 hari iaitu dengan kerjasama pelbagai pihak.

Introduction

Modul ini adalah modul berasaskan camp-based yang diadakan selama 1- 2 hari iaitu dengan mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri, pengetua dan kaunselor sekolah di mana, sekolah akan menghantar peserta-peserta untuk mengikuti program pemilihan dan mengenal pasti potensi peserta. Kategori peserta yang dipilih adalah pelajar miskin, anak yatim, murid orang asli dalam kalangan murid Tingkatan 4 mengikut daerah program AMG yang diadakan. Di mana didalam program ini peserta akan ditemuduga oleh pensyarah dan juga guru-guru bagi mereka layak mengikuti program ini.

Objective

  • Memastikan pelajar yang betul layak mengikuti program ini.
  • Mempunyai potensi diri untuk berjaya.
  • Memberi peluang secara terbuka kepada mana-mana pelajar kategori B40 untuk mengikuti program ini.
  • Mengenal pasti pelajar yang baik dari segi pendidikan dan softskill

Gallery

Aspirasi Menara Gading

– Akademi Menara Gading – 

logo-amg-white

© 2023 All rights reserved.